حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِي إِثْرِ السَّمَاءِ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ
104. Telah meriwayatkan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata, saya membacakannya di
hadapan Malik; dari Shalih bin Kaisan dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah dari Zaid bin
Khalid al-Juhani dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendirikan shalat
shubuh bersama kami di Hudaibiyah, selepas hujan turun pada malam tersebut. Setelah
selesai shalat, beliau menghadap kepada kaum muslimin seraya bersabda: "Tahukah kamu
apa yang telah difirmankan oleh Rabbmu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya
lebih mengentahui." Lalu beliau bersabda: "Allah berfirman: 'Di antara hamba-hamba-Ku,
ada yang menjadi orang yang beriman dan ada yang kafir. Maka barangsiapa yang
menyatakan, 'Kita diberi hujan dengan keutamaan dan rahmat Allah', maka orang itu
beriman kepada-Ku dan tidak beriman terhadap bintang-bintang. Sebaliknya orang yang
berkata, 'Kita diberi hujan oleh bintang ini atau bintang itu, maka orang tersebut kafir
terhadap-Ku dan beriman kepada bintang-bintang'."
0 Comments
Post a Comment